Your Trusted Distributor

Your Trusted Distributor
Please Take Care Your Health & Beauty

Monday, August 22, 2016

MEAL SHAKE

Assalamualaikum W.B.T

Happy Sunday All :)
Tentu ramai yang spend quality time dengan yang tersayang kan hari ni. Esok dah kerja semula dengan kerja hakiki ye dak?
OK, Entry kali ni nak ceritakan pasal MEALSHAKE. 


Kalau uols nak tahu, Meal SHakes Shaklee ni menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, Lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. 

Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Apa itu LACTALBUMIN?

Ia adalah protein yang dihasilkan oleh 8 kumpulan protein. Lactalbumin adalah protein premier dalam susu ibu. Turut hadir dalam protein ini adalah kuantiti besar asid amino cysteine. Kompaun ini berfungsi untuk membantu meningkatkan sistem imun. Asid amino ini diperlukan dalam badan, tetapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri.

Meal Shake Shaklee dihasilkan untuk semua golongan- bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlit, pengamal sayuran ( vegetarian ), orang sakit, orang yang sibuk bekerja,  atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mengambil sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan bijak.

Manfaat Utama:-

1) Nutrisi Lengkap: Menyediakan 24 Jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

2) Membekal Nutirsi Kepada Sel Tubuh - Kaya dengan protein ( tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut,organ, darah, imun, dan lain-lain.

3) Membantu Tumbesaran - Mengandungi Asid Folid, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

4) Anti-Oksida - Mengandungi vitamin A, C, E, Zinc Slelenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

5) Mengembalikan Seri Wajah- Mengandungi Vitamin B yang lengkap,Zat Besi dan Copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/ kulit yang lebih cantik.

6) Detoksifikasi -Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usu.

7) Kelazatan rasanya - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.



PERHATIAN!

Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Khadijah Tajuddin
♥ SMS | WhatssApp : 019-3951909
♥ Shaklee ID : 1178038
♥ FB Page : https://www.facebook.com/ShakleeYummieh/
♥ Email : sitikhadijahtajuddin@gmail.com



Saturday, August 20, 2016

SR VITAMIN-C SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM ALL =)

Hai All.. Entry kali ni berkenaan dengan Vitamin C. Korang mesti dah selalu sangat kan dengar pasl Vit-C? Tak kisah la brand ape-ape pun. Tapi entry kali ni special sikit sebab ia berkisar tentang VITAMIN C SHAKLEE. BRAND SHAKLEE.


Untuk pengetahuan awak, kita sebagai manusia ni tidak boleh menghasilkan VITAMIN-C dengan sendirinya. Berbeza dengan binatang seperti arnab yang mampu menghasilkan 18000mg Vit -C. Vitamin C adalah penting untuk pertumbuhan dan pengembangan tubuh manusia. Vitamin C ini tidak dapat disimpan oleh tubuh, jadi kita sangat perlu untuk mendapatkan vitamin ini setiap hari. Tubuh hanya menggunakan vitamin C hanya dalam jumlah yang diperlukan setiap hari, dan sisanya akan larut dan keluar melalui urin .Jadi kita sangat perlu mengmbil Vit-C daripada luar. 

Contoh makanan yang mengandung Vit-C:

Buah Oren 

Buah Berry

Buah Betik

Buah Mangga

Buah Strawberi

Paprika

Buah Kiwi

Brokoli


Semua contoh makanan yang mengandungi Vit-C adakah mencukupi keperluan kita sehari 1000mg paling kurang?

Untuk info awak ye, Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin-C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh itu, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. 

Berbalik semula kepada VIT-C SHAKLEE, 1 TAblet ( 500mg ) Vit-C = 7 1/2 Biji Buah oren termasuk kulitnya sekali.
Jadi kita perlukan 2 biji sehari= 15 biji Buah oren termasuk kulit! Kita hanya termampu makan seulas 2 sahaja buah oren ni. Macam mana nak cukup 1000mg sehari. Betul kan?

Ok saya ceritakan pula manfaat Vit-C. Antara Manfaat utama yang ada pada VIT-C SHAKLEE ini:

Membentuk Kolagen: Memang tak dinafikan Vitamin C ni merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ni merupakan asas sebatian asas otot, tisu, rangka dan tulang rawan,  Sebab itu, kolagen ni mampu mengurarangkan kedt dan menghalang otot jadi lembik.

Memperbaiki Simptom Pendarahan- Haa yang ni awak sendiri selalu kenakan? Tiap pagi gosok gigi mesti gusi berdarah. Betul? Itu salah satu tanda Vitamin C dalam badan berkurangan. Bila Vitamin C kurang dalam badan, tempoh luka nak sembuh tu ambil masa. Mengalami kulit kering, ruam dan kulit juga semakin kasar. Cuba check diri masing-masing agak-agak ada tak simptom Vitamin C kurang?

Mempertingkatkan Sistem Imun: Siapa kerap sangat selsema / demam? Tu petanda imun badan awak tak kuat tau. Sebab ape tak kuat? Kurang Vitamin C la. Vitamin C ni membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga membantu menguatkan imun badan dan juga mengurangkan alergi hidung, kulit dan juga athma.

Memerangi Kanser: Untuk pengetahuan awak, Vitamin C ni kadar anti oksidannya tinggi serta mampu meningkatkan peningkatan interferon secara semulajadi dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel-sel kanser. Vitamin C juga mampu membuang kimia berbahaya dari tubuh kita  dengan berkesan.  Sebut kimia ni, pemakanan kita sekarang memang terdedah dengan kimia. Contoh sayur. Cantik je sayur yang kita beli kat supermarketkan. Segar bugar elok tak ada lubang-lubang. Ha yang tu dah tentu sayur tu masa proses penanaman dah di sembur racun serangga. Effect kat kita bukan seperti serangga tu, tapi long term punya effect. Itu sebab perlunya Vitamin C ni untuk membuang kimia berbahaya daripada tubuh kita.

Mencantikkan Kulit: Vitamin C ni dah tentu sinonim dengan KULIT CANTIK. Mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan PIGMEN. Pigmen ni lah penyebab utama kejadian jeragat. Ada jeragat? Ambil lah Vitamin C SHAKLEE.

Memperbaiki Insomnia:  Sometimes kita ni tak terlepas daripada rasa resah. Tapi dengan mengamalkan mengambil Vitamin C, ia dapat mengawal perasaan resah kita ni.

Mengekalkan Kolestrol Sihat: Dengan pengambilan Vitamin C ni, dapat mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, Mengekalkan Kapilari darah yang sihat, Menghindarkan Arteriosclerosis ( Penyempitan & PEngerasan di dalam pembuluh darah arteri akibat endapan kolestrol dan zat-zat lemak yang lain), dapat menghindarkan dari thrombus (darah beku yang menyebabkan pembuluh darah tersumbat ), menghalang pendarahan dalaman serta pendarahan serebral dan skrvi.

Amaran!!
**Jangan merokok sebab 1 batang rokok melupuskan 50-100mg vitamin C
**Ambil B-Complex untuk kurangkan keresahan. Sebab keresahan akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C.
**Pil penahan sakit akan menyusutkan Vitamin dengan banyaknya.




TESTIMONI MEMPERTINGKATKAN IMUNISASI


TESTIMONI SIMPTOM PENDARAHAN


TESTIMONI MENCANTIKKAN KULIT



.
Bila lagi nak grab? Grab NOW! Kesihatan adalah nilai yang sangat berharga. Untuk order dan sebarang pertanyaan boleh direct whatsApp saya.

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
deejaSHAKLEE- 0193951909
ID NO: 1178038








Sunday, June 26, 2016

B-COMPLEX


Assalamualaikum...

Jom berkenal-kenalan dengan B-COMPLEX.

Dalam banyak-banyak vitamin, B-Complex antara yang paling penting di ambil setiap hari untuk membina kesihatan dan ampuh dari penyakit umum seperti resdung dan jerawat. Malah ia diguna secara meluas untuk kecantikan semulajadi wajah.  Mari lihat ahli keluarga Vitamin B Complex- Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12... Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda...

  • Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
  • Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
  • Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram



B-Complex

Spektrum Penuh Lapan Jenis Vitamin B


Vitamin B untuk Kesihatan yang Baik
Adakah bekalan Vitamin B anda mencukupi? Tekanan harian, pengambilan alkohol dan sesetengah ubat preskripsi boleh menyumbang kepada risiko kekurangan vitamin B. Vitamin B memainkan peranan penting dalam keseluruhan fungsi tubuh, daripada
sintesis DNA hinggalah kepada metabolisme untuk penghasilan tenaga.
B-Complex
Shaklee B-Complex membekalkan spektrum vitamin B yang lengkap dalam kuantiti yang seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dan menyihatkan tubuh anda.
Perbezaan Shaklee
Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten
B-Complex dilengkapi sistem engangkutan nutrient berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting - asid folik. Kuantiti asid folik yang mencukupi dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang pada bayi yang baru lahir.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Khadijah Tajuddin
♥ SMS | WhatssApp : 019-3951909
♥ Shaklee ID : 1178038
♥ FB Page : https://www.facebook.com/ShakleeYummieh/
♥ Email : sitikhadijahtajuddin@gmail.com


ALFALFA

Assalamualaikum..
Kita berkenal-kenal dahulu apa itu alfalfa =)

Alfalfa (Medicago sativa) adalah tanaman sejenis tanaman herba yang telah digunakan sejak zaman dahulu. Alfalfa membawa makna `Bapa Segala Makanan’ di mana gelaran ini diperoleh daripada masyarakat Arab di Persia sejak beberapa abad lalu. Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai struktur akar yang unik di mana ia boleh menyerap pelbagai zat galian, vitamin dan lapan jenis asid amino. Medicago Sativa ni juga memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa.

Tumbuhan ini mengambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

Note the dark lesions on the taproot and fine roots. The taproot has rotted off.



Alfalfa dikenal sebagai salah satu tumbuhan dengan kandungan gizi sangat tinggi. Kandungan kalsium, klorofil, karoten, dan vitamin K yang cukup tinggi, menjadikan alfalfa sebagai salah satu suplemen yang sering diambil manusia. Sebenarnya, hampir semua tumbuhan hijau mengandungi vitamin K. Namun, kandungan vitamin K dalam 100 gram alfalfa cukup tinggi, yang dapat memenuhi 38% dari keperluan tubuh dalam sehari. Hal ini dapat menjadikan alfalfa sebagi salah satu sumber vitamin K bagi tubuh.
Vitamin K amat diperlukan oleh hati bagi menghasilkan protrombin iaitu satu bahan yang penting untuk pembekuan darah yang sewajarnya. Vitamin K juga dapat berfungsi sebagai zat antihemolitik, khususnya apabila terjadi perdarahan, seperti pada orang-orang yang sedang melakukan terapi antibiotik.
Sementara itu, jika dikaji dari segi istilah klorofil pula ialah perkataan Greek yang bermaksud daun hijau. Daun-daun dan batang tumbuhan berwarna hijau disebabkan oleh kandungan klorofil yang terdapat di dalam tumbuhan berkenaan. Klorofil merupakan sejenis agen rawatan yang terhandal dan berfungsi secara semula jadi terhadap tubuh badan manusia. Kadangkala ia digelar sebagai darah hijau sebab penyusunan molekulnya serupa dengan sel darah merah manusia.

Nutrien dalam Alfalfa :
  1. Alfalfa sememangnya diketahui kaya dengan klorofil iaitu sekurang-kurangnya empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa.
  2. Kandungan protein alfalfa ialah sebanyak 18.9 peratus berbanding dengan daging 16.5 peratus, telur 13.1 peratus dan susu 3.3 peratus.
  3. Kandungan kalsium yang terdapat dalam alfalfa ialah 14 kali lebih daripada germa gandum dan 144 kali lebih daripada hati
  4. alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang paling beralkali di dunia dan kealkaliannya berupaya membantu meneutralkan asid toksik dalam sistem tubuh badan manusia.
Namun begitu, setiap perkara yang baik tidak akan kita peroleh dengan segera kerana pembersihan dan penulenan sistem badan manusia secara semula jadi memerlukan masa yang agak panjang.

ALFALFA SHAKLEE



Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s. Diperbuat daripada tanam Alfalfa   
( Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia.  Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.
Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompress menjadi tablet.Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan SHAKLEE yang sangat ketat dan teliti.

Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa. Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.

Manfaat Utama:
Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi:-  Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia, 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu


Mencuci Hati, Darah, dan Usus : Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Melawan Alahan : Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air ( athlete's foot ) dengan berkesan

Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Menyingkirkan Lemak dan Kolestrol - Kajian Klinikal terbukti bahawa pengguna jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya ALFALFA sahaja mengandungi saponin span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

Melawan Tumor: Memakan 30-50 Tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

Melegakan Keletihan- Melegakan keletihan dan sebagai rawata kepadakebanyakan penyakit.

Mencegah atritis - Melegakan sakit atritis dan kesakitan. 

PERHATIAN!

Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Khadijah Tajuddin
♥ SMS | WhatssApp : 019-3951909
♥ Shaklee ID : 1178038
♥ FB Page : https://www.facebook.com/ShakleeYummieh/
♥ Email : sitikhadijahtajuddin@gmail.com



Sunday, March 27, 2016

ASSALAMUALAIKUM ALL

ASSALAMUALAIKUM ALL

Fuhhhh... seriously. Lamanyeeeeee tak update blog. Kesepian blog ku ini kan... So today saya nak share berkenaan dengan ESP.  Actually bulan ni ESP tengah promo.


Sorry kesayangan semua.. Lambat inform... tinggal 4 hari je bulan March nak habis.. Huhu.. 

Entri kali ni saya nak kongsi kebaikan ESP Shaklee. Pernah dengar tentang ESP Shaklee? Supplement berasaskan non-GMO (non Genetically Modified Organism) soya  terbaik dalam pasaran supplement kesihatan zaman ini.



Apakah keistimewaan ESP Shaklee ini:
  • ESP Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur.
  • Protein kacang soya adalah 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
  • Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39; menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis. G.I yang rendah memecahkan gula perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula yang rendah dalam badan anda amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan jangka panjang.
  • ESP adalah rendah lemak, tiada kolesterol. tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
  • Kandungan protein yang tinggi membantu dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta merupakan komponen utama hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi




Faedah dan Kebaikan ESP  Shaklee yang utama:

Kekal Muda 
Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajad
Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki 
Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal 
Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera 
Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi 
Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori 
Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Antara manfaat ESP untuk golongan ibu adalah:
  • ‘Milk booster’ bagi ibu yang menyusukan anak
  • ‘ENnergy booster’ bagi ibu hamil, menyusukan anak serta mereka yang ingin menurunkan berat badan
  • Menganjalkan badan menggeleber ibu lepas bersalin
  • Mengembalikan kepejalan otot; membentuk bentuk badan yang cantik
  • Membantu ibu yang ingin re-laktasi
  • Memperbaiki kesan ‘stretch mark’ & luka cesear selepas bersalin
  • Menjadikan kulit anjal, gebu & licin
  • Mengekalkan rasa kenyang berpanjangan bagi yg ingin menurunkan berat badan
  • Memelihara kestabilan hormon wanita
  • Menegang & menganjalkan payudara
  • Mengekalkan awet muda
ESP juga boleh digabungkan dengan pelbagai vitamin Shaklee yang lain bagi memberikan kesan yang lebih optimum seperti berikut:




Apa kata mereka yang telah 'bercinta' dengan ESP Shaklee ini?








Orang kata setiap perkara yang baik tak elok dilengah-lengahkan. Uols wajib untuk merasai kenikmatan kebaikan ESP Shaklee ini! Jom dapatkannya!


Your Consultation
deeja Shaklee - 0193951909



Thursday, November 5, 2015

NUTRIFERON

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni saya nak berkongsi berkenaan dengan satu suplemen ni. Suplemen ni boleh menggantikan Panadol. So, sape-sape yang memang dah SAY NO TO PANADOL, boleh ambil alternatif lain dengan ambil NUTRIFERON. Saya salah seorang yang memang dah tak nak ambil panadol juga. Since dah ada Nutriferon ni, saya lagi suka sangat. 


Penemuan Terhebat Dalam Bidang Immunologi

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia ( Nutriferon).
 Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formulanya yang digunakannya adalah semulajadi, selamat, tulen dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.
Nutriferon adalah satu Formula Eksklusif dan diPaten oleh Shaklee dan TIDAK DIJUAL dikedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee.
Didalam bidang perubatan, suntika interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes ,HIV dan lain-lain. Tambhana pula ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.

    
                          Biji Labu                     Biji Plantago Asiatica          Honeysuckle Jepun

Bunga Safflower


Manfaat Utama:-

1) Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari - Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfngsi untuk membunuh: T-cells, B-cells dan makrofag.

2) Melawan kanser dan tumor - Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaaan pada waktu rawatan kemoterapi.

3) Melindungi dari influenza - Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi  dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza. 

4) Meringankan Stress & Kelesuan - meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.

5) Melambatkan Penuaan - Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.

6) Mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C - Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit-pesakit Hepatitis B & C.

7)Mempertingkatkan PMS - Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid,sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.





DISCLAIMER!

Semua maklumat, keterangan produk serta testimoni pengguna yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar sekiranya anda menghidapi sebarang penyakit atau masalah kesihatan untuk tujuan diagnosis dan rawatan susulan sebelum mengambil sebarang suplemen.
Sesungguhnya kita hanya berikhtiar dan berusaha, selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Berkuasa.

Monday, November 2, 2015

OMEGA GUARD

Assalamualaikum;)

Entry kali ni saya nak share tentang OMEGA GUARD=). OMEGA GUARD ni sebahagian produk shaklee yg sy consume sejak januari..


Apa Itu OMEGA GUARD?
Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan paling tulen dalam dunia kerana setiap kapsul Omega Guard mengandungi 7 Spektrum penuh asid lemak omega-3 semulajadi.Antaranya EPA ( Eicosapentaenoic Acid) ,DHA (Docosahexaenoic Acid), ALA dan banyak lagi. 

OMEGA GUARD diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, marckerel, herring, ikan bilis) di perairan Negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. OMEGA GUARD adala 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati miyak ikan. 

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.
Shaklee OmegaGuard ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian
OmegaGuard membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrein, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan

Manfaat Utama:-
1) Asid Lemak - Omega3 adalah asid lemak yang penting dimana ia tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu kita boleh mengambilnya dari makanan. Omega3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
OOOOO..patutla sesape yang consume OMEGA GUARD nih, muka dia pinkish-pinkish gituuuu..

2) Mencegah Penyakit Saluran Darah dan Strok - DHA & EPAboleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

3) Membantu Tumbesaran & Perkembangan Otak Janin dan Membantu Perkembangan Memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa didalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHHa meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain  1 hidangan OMEGA GUARD dapat membekalkan 1000mg asid-asid lemak OMEGA 3 EPA dan DHA.

4) Meningkatkan Sistem Imun dan Menyihatkan Paru-paru - Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis,SLE dan penyakit buah pinggang.

5) Menentang Kanser - Kajian telah menunjukkan bahawa OMEGA 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara,prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

6) Memelihara fungsi-fungsi Sendi (Arthritis) - Paras asid lemak OMEGA 3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective.

7) Mencegah Insomnia dan Membantu mengurangkan tekanan - Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurathenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

TESTIMONI CONSUMER OMEGA




DISCLAIMER!

Semua maklumat, keterangan produk serta testimoni pengguna yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar sekiranya anda menghidapi sebarang penyakit atau masalah kesihatan untuk tujuan diagnosis dan rawatan susulan sebelum mengambil sebarang suplemen.
Sesungguhnya kita hanya berikhtiar dan berusaha, selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Berkuasa.