Your Trusted Distributor

Your Trusted Distributor
Please Take Care Your Health & Beauty

Tuesday, December 16, 2014

Obesiti~~Scaryyyyy::Part 2


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Apa Khabar sahabat2? Alhamdulillah bagi yang sihat.Yang kurang sihat, jangan berkeluh kesah ye..sakit tu juga satu nikmat untuk kita merasainya.;)..
Entry yang lepas kita telah dikejutkan dengan

Macam mana boleh obesiti??

Sebahagian kejadian obesiti disebabkan beberapa faktor.Antaranya adalah:

1-Keturunan & Genetik
2-Diet Tidak Seimbang
3-Makan Berlebihan
4-Gaya Hidup Kurang Aktif
5-Tekanan Emosi
6-Pengambilan Ubat



 1-Keturunan & Genetik

Bagi yang mengalami obesiti disebabkan faktor keturunan & genetik, sahabat-sahabat tidak perlulah risau ataupun berputus asa. Sesungguhnya ciptaan Allah adalah sebaik-baik kejadian. Ada hikmah disebaliknya. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, kegemukan yang terjadi terhasil daripada 30% adalah genetik, 70% adalah drpd gaya hidup kita sendiri sama ada dari segi pemakanan, dan aktiviti harian kita. jadi sahabat-sahabat yang merasakan kegemukan dia disebabkan genetik, masih ada peluang untuk SLIM!!!! Alhamdulillah:)

2-Diet Tidak Seimbang

Apa yang dikatakan diet tidak seimbang tu???  Haa..sahabat mesti nak tahukan..umpama kita main jongkang-jongkit. Bila dua orang yang berlainan berat badan, yang terlebih berat akan ke bawah, yang ringan akan terangkat ke atas.. diet pun ada konsep macam tu juga..bila makan berlebihan, mula la ada kenaikan berat badan, penyakit mudah datang.kalau kurang makan pula, tanpa bersenam, kita akan berasa lemah, mudah juga untuk mendapat penyakit. Bila diet tidak seimbang, sistem badan kita akan terganggu. Contohnya tiba-tiba kita terbersin. Nampak small matter sahaja. Yang small matter tu la merupakan alarm untuk badan kita bahawa sistem badan dah terganggu. Semakin kerap bersin, penyakit yang boleh muncul seperti sinus/resdung. Mencegah lebih baik daripada mengubati.Wallahua'lam ;)


3- Makan Berlebihan

Haaaa..Siapa suka makan??..semua mesti suka makan kan? Lagi2 yang jenis x memilih makan. semua ok je bagi dia..Alhamdulillah..nikmat tu. Tapiii..kena la beringat.. Penyakit boleh datang melalui pemakanan kita tau..Sahabat2 pun sedia maklumkan tentang tu..Lagi satu, makan berlebihan dalam 1 masa pun x elok. MEMBAzIR. Membazirkan amalan Syaithoon. Jika antara sahabat2 yang memg berselera besar, jgn risau dengan selera anda. Ada cara untuk mengawalnya. InshaAllah. :)

Jangan mcm ni.bertingkek-tingkek pinggan tu


Ingat ye..Negara kita No 1 dalam Asia paling ramai yang obes.T_T


4- Gaya Hidup Kurang Aktif

Hmm..mcm mana nak aktif klau busy memanjang. X sempat nak berjogging bagai..nak ke gym pun x sempat. Ade yang keje x jumpa matahari langsung..keluar sebelum subuh, balik selepas maghrib..huuuu lifestyle yang sgt stress..Tp bagi sesiapa yang enjoy dengan lifestyle mcm tu, it is ok. Depends kepada yang melaksanakannya.. klau sy la.. Oh NOOOO!!! 

Kita rajin makan.Tak kira waktu.Ade yang mengamalkan diet seimbang, ade yang tidak.Tetapi bersenam kurang walaupun yang ringan2.

Kenapa kita perlu bersenam?

1) Untuk membina Daya Tahan
2) Membina kekuatan
3) Mengekal Kesihatan
4) Memberi Ketenangan
5) Mengelak datangnya penyakit.

Kebanyakan daripada kalangan kita, bila dah terhantuk, baru nak alert dgn semua benda. 

5- Tekanan Emosi

Setiap individu mesti akan rase tekanan Emosi aka STRESS!! Ade stress kecil, ade stress besar. Stress kecil mcm mane? Stress kecil tu mcm nk keluar pi mkn..tp x tau nak mkn kat mane..jd la stress..tp kecik tu.. yang stress besar ni..haa..yang keje kuat makan gaji..pegi keje pkul 6,balik keje pkul 9..tiap2 hari.ditambaha dengan isu kat office yang x setel2 lg..klau isu kecik maybe sekejap je setel..klau isu besar, mau berkampung kat ofis/site...lama2 sistem badan sangat2 tua daripada usia yang sebenar. umur baru 30..tp org keliling tengok macm dah cecah 50!! Oh no!! maka nak kurang kan stress, makan ikut kemahuan bukan mkn ikut keperluan.. Diet seimbang letak tepi la.. senaman memg tak buat la..asik fikirkan masalah keje.. ok ini memg pengalaman sy.walaupun keje sekejap dengan situasi mcm ni, tp effect boleh tahan juga la.. T_T

6- Pengambilan Ubat

Semua nak kuruskan? Boleh x ada masalah.. Banyak kaedah. Ada yang amik tempoh cepat,hasil pun cepat,kesannye? Ada yang amik tempoh lama, kesannya pula? Untuk pengetahuan sahabat2, penurunan berat badan kita yang boleh diterima badan paling maksimum sekitar 2.5kg/seminggu. jadi sebulan klau konstent boleh turun sebanyak 10kg. Untuk penurunan yang mendadak sehingga 5kg/seminggu, amat tidak baik untuk sistem metabolisma badan kita. ini kerana pembakaran lemak yang terlampau tinggi telah menyebabkan sistem metabolisma bekerja keras..kesannya, sistem metabolisma akan memperlahankan sistem pembakaran lemak yang tidak sama dengan kuantiti makanan yang masuk. Ini menyebabkan bentuk fizikal akan kembali obesiti. Wallahua'lam. Apa-apa pun, sahabat2 perlu lah membuat pilihan yang bijak utk memilih supplemen sahabat. Minta pandangan doktor-doktor sekiranya sahabat mempunyai alah@allergic. Ikut sukatan yang dibenarkan. Bertanyalah kepada yang tahu. Elakkan membuat keputusan sendiri. Buruk padahnya.


IKLAN JAP;)

PROMOSI SEHINGGA 31 DEC 2014






DAPATKAN SEGERA COLLAGEN POWDER NI. TAHUN DEPAN SETAHUN TAK ADE T_T



Your Trusted Shaklee Independent Distributor,
Siti Khadijah
0193951909(PM/WhatsApp)
*** Postage ke seluruh Malaysia. 







No comments:

Post a Comment